Sunday, July 10, 2011

SIAPA KU CINTA ?


siapa aku cinta ?
aku tidak pasti .
otak sudah serabut .
tidak tahu apa nak fikir .
kau kelihatan sempurna .
tapi aku tidak faham dengan perasaan aku ini .

aku tidak minta kau sempurna 100% .
cukuplah sekadar boleh membahagiakan aku .
tapi , malangnya .
kau tidak membahagiakan aku sepenuhnya .
dikala aku tidak bahagia denganmu ,
datang pula insan lain yang agak membahagiakan aku .

dia juga tidak begitu begitu sempurna ,
tapi sekurang - kurangnya dia membahagiakan aku .
walaupun aku rasa dia tidak sedar yang dia sudah  membahagiakan aku ,
tapi aku dapat rasakan sesuatu apabila bersamanya .
cinta ?
mungkin juga kan ?
tapi aku tidak pasti .

aku tidak nafikan yang aku cintakan kau 
tapi kau seolah - olah tidak menunjukkan yang kau cintakan aku .
aku mahu kau sepertinya .
aku tidak nafikan yang aku bahagia bersamamu ,
aku tidak nafikan yang aku gembira apabila kau mesej aku .
itu semua aku tidak nafikan .

tapi aku juga terasa kebahagiaan bersama dia .
kadang kala aku terfikir bahawa perasaan aku ini cuma sementara .
lambat laun aku akan cintakan kau kembali .
saat itu aku akan menyesal kerana memilih dia .
tapi kenapa kau tidak tunjukkan cintamu sayang .

aku perlukan perhatian ,
tapi tidak kau hiraukan ,
aku perlukan kasih sayang ,
tapi tidak kau berikan .

aku benci apabila ada perasaan begini ,
pabila tiada cinta yang mendatang , 
aku berasa sunyi ,
tapi pabila banyak cinta yang mendatang ,
aku menjadi keliru pula .

YA ALLAH ,
bantulah aku .
tunjukkan siapa yang harusku pilih !
kedua - duanya sempurna bagiku !
tolonglah aku !

No comments:

Post a Comment